Raye2 jUgaK.... MuhAsabAh DiRI sekali EH!!!


Hai kawan. Ada 1 artikel menarik bertajuk 'Mari Kita Muhasabah Diri Di Aidilfitri'.
mai
Mari Kita Muhasabah Diri Di Aidilfitri Klik Sini Untuk Baca: http://pakarhowto.com/tazkirah/mari-kita-muhasabah-diri-di-aidilfitri.html
Kongsi artikel ni di FB
Hari ini dah masuk hari raya yang ke-5. Saya rasa masih belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada anda.
Mengambil kesempatan ini, saya mewakili semua krew blog PakarHowTo ini ingin memohon maaf lah kepada anda sekiranya terdapat mana-mana tulisan atau komen yang mengguriskan hati anda.
Demi Allah, kami tidak pernah berniat untuk menyakiti hati sesiapapun. Jadi kalau ada yang terasa tu, harap dapat maafkanlah kami yer.
Dalam entri kali ini, saya ingin mengajak anda semua untuk bertanya kepada diri kita sendiri ;
Selepas Ramadhan berlalu pergi, ADAKAH AMAL SOLEH KITA SEMASA RAMADHAN DAPAT KITA TERUSKAN? ADAKAH KITA MENJADI LEBIH BAIK BERBANDING SEBELUM RAMADHAN?
Jom kita bandingkan amalan-amalan kita di bulan Ramadhan dengan amalan kita sekarang ini (aidilfitri).
  • Dalam bulan puasa kita rajin solat malam (qiamullail), tapi adakah sekarang kita masih dapat bangun berqiamullail?
  • Dalam bulan puasa kita rajin solat berjemaah di surau @ masjid, tapi sekarang dalam 5 kali solat, berapa kali kita dapat solat berjemaah?
  • Dalam bulan puasa kita rajin baca Quran, paling tidak 1 juzuk sehari. Tapi sekarang, berapa helai dalam sehari kita dapat baca Quran? Sehelai? Atau langsung kita dah tak membacanya…dengan alasan sibuk takde masa???
  • Dalam bulan puasa kita banyak berdoa, minta ampun pada Tuhan atas segala dosa, mohon dipermurahkan rezeki dan dirahmatiNya. Tapi sekarang banyak mana kita berdoa pada Allah? Kadang lepas solat pun kita doa cincai-cincai jer….
  • Dalam bulan puasa kita sentiasa jaga mata, jaga mulut dan jaga telinga daripada melakukan maksiat kepada Allah. Tapi sekarang, setakat mana kita menjaga mata, mulut dan telinga kita? Contohnya, kalau ada awek seksi lalu didepan kita, adakah kita mampu menundukkan pandangan (seperti yang kita lakukan dalam bulan puasa dulu)?
  • Dalam bulan puasa kita mampu kawal nafsu, tapi sekarang ni, sejauh mana kita dapat kawal nafsu?
  • Dalam bulan puasa kita boleh dan berupaya untuk berhenti merokok, tapi sekarang (selepas Ramadhan), kita pulun hisap berkotak-kotak. Asap keluar dari mulut bagai asap kilang.
  • Dalam bulan puasa kita banyak melakukan ibadat sunat, tapi mengapa sekarang kita tinggalkan semua amalan sunat tu?
  • Dalam bulan puasa kita banyak berzikir, tapi sekarang nak zikir lepas solat pun main ikut dan kita jer. Kalau rajin kita buat, kalau malas kita tinggalkan. Mengapa begitu?
  • Dalam bulan puasa kita banyak bersedekah, tapi sekarang ni adakah kita mampu bersedekah sebanyak dalam bulan puasa dulu? Mengapa dikurangkan sedekah kita tu?
  • Dalam bulan puasa kita suka panggil anak-anak yatim @ budak-budak tahfiz, kita jamu mereka makan. Kita bagi mereka bantuan. Tapi sekarang mengapa kita abaikan mereka?
  • Dalam bulan puasa kita berjaya kurangkan tengok TV @ buat perkara-perkara yang laghoo (sia-sia). Tapi sekarang mengapa masa tengok TV, masa main game, masa berfacebook kita lebih banyak dari masa kita baca Quran?
  • Dalam bulan puasa kita sentiasa besyukur atas nikmat kurniaan Allah. Tapi sekarang adakah kita benar-benar mensyukuri nikmat dariNYA?
Inikah yang dikatakan kemenangan kita di Aidilfitri? Adakah ini hasilnya tarbiah dari Madrasah Ramadhan sebulan yang kita telah lalui?
Cubalah renung-renungkan keadaan diri kita masing-masing. Adakah kita sekarang ini, lebih baik atau lebih teruk berbanding kita semasa bulan puasa yang lepas?
Kata Saidina Umar,
‘Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab kelak.’
Ayuh wahai muslimin dan muslimat. Sempena Syawal ini, mari kita cuba untuk berubah ke arah kebaikan, kita kekalkan amalan-amalan di bulan Ramadhan, jadikan power yang di’charge’ di bulan Ramadhan berguna, jangan biarkan ia lenyap dek masa dan dosa.
Jom kita sama-sama berubah ke arah kebaikan! ;)
Salam Aidilfitri. Ampun maaf dari kami.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Post-post Bermanfaat

Pengunjung

Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Kami

Blog Nie Dalam Pengeditan... HArap Maklum... Selain itu, blog ini juga akan diuruskan oleh 2 orang Admin... Terima Kasih.