TipS PilIH BudDy ^_^


Hai kawan. Ada 1 artikel menarik bertajuk 'Tips Pilih Kawan - 4 Jenis Kawan Yang Perlu Dijauhi'.
Hai
Tips Pilih Kawan - 4 Jenis Kawan Yang Perlu Dijauhi Klik Sini Untuk Baca: http://pakarhowto.com/tips/tips-pilih-kawan-4-jenis-kawan-yang-perlu-dijauhi.html
Kongsi artikel ni di FB
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda 4 jenis kawan yang perlu dijauhi. Jika anda mempunyai kawan seperti yang diterangkan dibawah ini, berhati-hatilah atau kalau boleh, tinggalkan sahaja kawan seperti itu.

4 Jenis Kawan Yang Perlu Dijauhi

  • (1)  Kawan yang tamak
Dia hanya pentingkan diri sendiri. Masa kita kaya atau senang, dia dekati. Tapi masa kita susah dia menjauhkan diri. Dia selalu mengungkit-ungkit kebaikannya.
  • (2)  Kawan yang hipokrit
Di depan kita bukan main baiknya. Di depan kita bukan main manis mulutnya. Dia tunjuk hormat dan puji-puji kita. Tapi dibelakang kita, dia kutuk, dia caci, dia maki kita. Habis rahsia dan keburukan kita diceritakan kepada orang lain. Dia ni jenis tikam belakang.
 
  • (3)  Kawan pengampu
Dia setuju dengan semua yang kita lakukan tidak kira betul atau salah. Dia tidak berani menyatakan kebenaran. Dia tidak pernah menegur kita walaupun kita sedang melakukan kesilapan. Hakikatnya dia tidak jujur dan tidak ikhlas dengan kita. Semua perbuatannya seolah-olah macam ‘ada udang disebalik batu’ (ada motif tertentu yang kita tidak tahu).
  • (4)  Kawan yang suka hiburan
Dia menjadi kawan kita hanya untuk tujuan berseronok-seronok. Dia suka mengajak kita kepada perkara yang sia-sia contohnya pergi konsert, clubbing atau ‘melepak’ tanpda tujuan. Kerja dia hanya nak berseronok jer. Bila kita ajak dia pergi masjid atau majlis agama, dia hanya ketawakan kita.
Itulah antara 4 perkara yang perlu diambil kira dalam memilih kawan.
Ali bin Abi Thalib r.a. pernah berkata ;
“Sejahat-jahat kawan ialah yang menyuruh engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”
Dan ingat juga wasiat Khalifah Umar Abdul Aziz ini ;
“Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau.”
Jadi, buatlah pilihan yang tepat dalam memilih kawan. Kerana anda ialah siapa yang anda berkawan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Post-post Bermanfaat

Pengunjung

Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Kami

Blog Nie Dalam Pengeditan... HArap Maklum... Selain itu, blog ini juga akan diuruskan oleh 2 orang Admin... Terima Kasih.