SokLan2 Yg PerLu DiJwb KetiKa MenjAdi PengAntIn....


Hai kawan. Ada 1 artikel menarik bertajuk '20 Soalan Yang Perlu Dijawab Oleh Bakal Pengantin'.
Hai
20 Soalan Yang Perlu Dijawab Oleh Bakal Pengantin Klik Sini Untuk Baca: http://pakarhowto.com/teknik/20-soalan-yang-perlu-dijawab-oleh-bakal-pengantin.html
Kongsi artikel ni di FB
Untuk menilai samaada pasangan hidup anda sesuai atau tidak, jawab soalan-soalan berikut. Sila jawab YA atau pun TIDAK?

20 Soalan Yang Mesti Dijawab Bakal Pengantin
  1. Adakah anda dan pasangan anda mempunyai gaya pergaulan yang sama atau hampir sama?
  2. Adakah anda dan pasangan anda mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang baik?
  3. Adakah anda dan pasangan anda saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?
  4. Adakah pasangan anda seorang yang matang sesuai dengan umurnya?
  5. Adakah pasangan andaa itu terkenal di kalangan kawan-kawannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan ikhlas?
  6. Adakah anda dan pasangan anda sudah lama saling mengenali hati budi masing-masing?
  7. Selama perkenalan anda dengannya, pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda dengannya?
  8. Adakah pasangan anda itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?
  9. Adakah perkenalan anda dengan pasangan anda mendapat persetujuan dan restu oleh keluarga kedua-dua belah pihak?
  10. Adakah pasangan anda itu seorang yang mentaati syariat?
  11. Adakah pasangan anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers?
  12. Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda atau lebih didorong oleh nafsu semata-mata?
  13. Adakah pasangan anda itu mempunyai perhubungan yang baik dan mesra dengan keluarganya?
  14. Adakah pasangan anda itu BUKAN seorang pemboros?
  15. Adakah pasangan anda itu BUKAN seorang yang emosional dan panas baran?
  16. Adakah pasangan anda itu seorang yang cool dan sentiasa tenang walau dalam keadaan yang macammana sekalipun?
  17. Adakah anda dan pasangan anda mempunyai pengetahuan yang baik tentang kehidupan berumahtangga?
  18. Adakah pasangan anda itu seorang yang bersederhana dan tidak terlalu mementingkan dunia?
  19. Adakah pasangan anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?
  20. Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?
Kalau anda dapat menjawab YA sebanyak 16 atau lebih dari 20 soalan diatas, maka besar kemungkinan perkahwinan anda nanti bahagia dan berkekalan.
Kalau anda dapat menjawab YA kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi anda bakal menghadapi pelbagai konflik yang memeningkan.
Dan sekiranya jawapan YA anda tidak sampai 10, maka besar kemungkinan perkahwinan anda nanti akan jadi kucar kacir dan sukar bertemu kedamaian.
Sudahkah anda check status perhubungan anda…? Bagaimana keputusannya?
Sumber Diperoleh : PakarHowTo.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

Post-post Bermanfaat

Pengunjung

Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Kami

Blog Nie Dalam Pengeditan... HArap Maklum... Selain itu, blog ini juga akan diuruskan oleh 2 orang Admin... Terima Kasih.