Menghasilkan Pages


        Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, dalam bab ini, kami akan menerangkan kepada bagaimana anda ingin mewujudkan pages untuk blog anda. Pages berperanan dalam memisahkan segmen-segmen anda di dalam blog seperti Laman Utama dan sebagainya (Contoh Yang Terdapat Pada Blog ini). Pages hanya boleh diwujudkan sebanyak sepuluh kali sahaja. Jadi anda perlu berhati-hati dalam penggunaannya. (Seperti yang terdapat pada gambar)


       Sebagai permulaan, anda perlu pergi keruangan design dan tekan tajuk yang menunjukkan Page Elements. Di dalamnya, anda perlu menekan tulisan yang berwarna biru iaitu Add A Gadget untuk mewujudkan Pages anda. Setelah anda menekan tulisan yang berwarna biru satu tab window akan keluar seperti ini.


        Apa yang perlu anda lakukan ialah mencari satu element yang menunjukkan Pages seperti ini,


Setelah itu, anda perlu menekan butang yang berwarna biru seakan-akan berbentuk tambah untuk mewujudkan pages anda dalam page element blog anda. Setelah itu, anda bolehlah bermula untuk mewujudkan pages anda dengan satu kotak yang berbentuk seperti ini. ( Bahagian Bawah). Untuk pengetahuan anda, Pages dan Post seakan-akan sama tetapi mereka masih mempunyai fung yang berbeza-beza. Video untuk membantu anda mewujudkan Pages boleh di lihat di bawah post ini.

Post-post Bermanfaat

Pengunjung

Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Kami

Blog Nie Dalam Pengeditan... HArap Maklum... Selain itu, blog ini juga akan diuruskan oleh 2 orang Admin... Terima Kasih.