Asas Buat Blog


         Assalamualaikum dan salam sejahtera kami semua ucapkan. Dalam bab ini, kami akan mengajar anda semua perkara asas dalam menghasilkan dan mewujudkan blog. Perkara pertama yang perlu lakukan ialah mencipta satu alamat e-mail menggunakan yahoo mail ataupun gmail. Setelah itu, anda perlu malayari laman web rasmi blogger iaitu www.blogger.com. Setelah itu anda perlulah menekan butang Create blog seperti yang tertera di kaca skrin anda.


        Sesudah itu, anda hanya perlu mengisi ruangan-ruangan kosong yang terdapat di kaca skrin anda untuk mewujudkan blog anda sendiri.


       Kemudian, anda perlu mencipta satu nama dan URL bagi blog anda dalam usaha untuk memudahkan para pembaca anda untuk melayarinya.



    Setelah itu, anda boleh memilih samada untuk meneruskan pemilihan template untuk blog anda atau membiarkannya dahulu


       Dan itu sajalah perkara asas yang perlu dilakukan untuk mewujudkan blog anda. Jika ada sebarang pertanyaan silalah anjurkannya di bahagian komen pengunjung. Diharapkan video dibawah ini dapat memudahkan anda untuk memahami perkara asas dalam menghasilkan blog. Dalam video ini telah ditunjukkan. Dengan itu, bahagian pembelajaran post disatukan dengan asas dalam membuat blog. Sekian terima kasih.

Post-post Bermanfaat

Pengunjung

Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Kami

Blog Nie Dalam Pengeditan... HArap Maklum... Selain itu, blog ini juga akan diuruskan oleh 2 orang Admin... Terima Kasih.