Mengubah suai template blogger


       Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan. Selamat datang ke bahagian pengeditan template untuk blogger blog anda. Pengeditan template untuk blogger mungkin merupakan satu benda yang mudah jika anda dapat memahaminya dengan sebaik mungkin. Kami di sini akan cuba untuk menerangkannya kepada anda semua. Pertama, anda perlu pergi ke bahagian Desing dan piling rangkaian Template Designer. Setelah anda menekan rangkaian tersebut satu laman akan keluar seperti yang di bawah.


       Dalam bab ini, anda boleh memilih bagaimana rupa bentuk frame blog anda. Di dalam sistem blog, mereka menyediakan lebih 5 daripadaa bentuk-bentuk yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza-beza.


     Setelah anda memilih bentuk-bentuk frame anda, anda boleh memilih bagaimana rupa layout atau gambar background anda. Di dalam blogger, mereka menyediakan pelbagai-bagai gambar yang boleh dijadikan background blog anda. Jika anda mahukan gambar yang anda minat menjadi background blogger anda, anda hanya perlu menclick Upload Imaga pada pemilihan layout. Setelah itu, anda bolehlah mengupload gambar yang anda kehendaki dan jadikan ia sebagai background blogger anda.


      Setelah seselai memilih gambar untuk backgrond blogger anda, anda perlu memilih bagaimana rupa bentuk blogger anda. Maksud kami di bahagian ini ialah bagaimana kedudukan segala Gadget, Post Box dan sebagainya. Di dalam blogger, mereka telah menyediakan sebanyak 8 bentuk yang boleh anda gunakan. Apa yang perlu anda lakukan ialah cari rangkaian Layout dan anda boleh memilihnya.


         Dalam masa yang sama, anda juga boleh menentukan keluasan blog anda dari segi lebarnya. Apa yang anda perlu lakukan ialah cari rangkaian yang menunjukkan Adjust Windth. Kemudian anda boleh menentukan saiz lebar blogger anda.


        Selain itu, anda juga boleh menentukan dan mengubah tulisan-tulisan yang terdapat pada blogger anda. Anda hanya perlu mencari rangkaian Advanced dan anda akan melihat satu tetingkap seperti ini,


         Dalam proses tersebut, anda boleh memilih bentuk tulisan, saiz tulisan dan warna tulisan pada blogger anda. Jika anda masih tidak dapat memahaminya, tontonlah video di bawah ini untuk memudahkan anda mengedit template blogger anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, ajukan ia di bahagian Komen Pengunjung dan kami akan membantu anda secepat yang mungkin.

Post-post Bermanfaat

Pengunjung

Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Kami

Blog Nie Dalam Pengeditan... HArap Maklum... Selain itu, blog ini juga akan diuruskan oleh 2 orang Admin... Terima Kasih.