Suami bahagia main kayu tiga, isteri tertekan hanya mampu mengalirkan air mata


Hai kawan. Ada 1 artikel menarik bertajuk 'Suami bahagia main kayu tiga, isteri tertekan hanya mampu mengalirkan air mata'.
N/A
Suami bahagia main kayu tiga, isteri tertekan hanya mampu mengalirkan air mata Klik Sini Untuk Bacahttp://pakarhowto.com/luahan-hati/suami-bahagia-main-kayu-tiga-isteri-tertekan-hanya-mampu-mengalirkan-air-mata.html
Kongsi artikel ni di FB
Hari ni saya nak kongsi 1 lagi masalah rumahtangga yang diadukan kepada saya. Hati saya sentiasa berasa sesak dan sebak apabila membaca masalah sebegini. Apa nak jadi dengan institusi kekeluargaan kita sekarang ni? Begini terukkah konflik yang terjadi?
Sila baca masalah ini dengan penuh penghayatan. Bayangkan anda berada dalam situasi si pengadu.

Suami bahagia main kayu tiga, isteri tertekan hanya mampu mengalirkan air mata

masalah rumahtangga
Salam Pakar,
Semoga diberkati Allah SWT hendaknya..
Sebelum itu saya ingin kenalkan diri saya, nama saya Sofiyya (bukan nama sebenar) seorang ibu berusia 34 tahun dan telah mendirikan rumahtangga 14 tahun 19 hari saya mempunyai 3 orang anak lelaki, yang paling kecil berusia 10 tahun.
Mohon maaf jika email saya ini menganggu masa Pakar, tapi saya amat berharap agar Pakar sudi membacanya sehingga ke akhir…
Pakar,
Selama 14 tahun mendirikan rumahtangga sudah banyak kali hati saya disakiti.
Untuk pengetahuan Pakar sebelum ini saya dan suami saya hidup berjauhan, dia di kl dan saya di kuantan, mungkin kerana hubungan jarak jauh kami ini membuat dia mencari teman di luar, tapi Pakar sudah beribu kali saya minta suami saya untuk membawa saya dan anak-anak sekali ke kuala lumpur, namun suami sering memberi beribu alasan, tahulah saya yang suami saya ada mempunyai hubungan dengan wanita lain.
masalah rumahtangga
Siang malam saya berdoa agar Allah mengembalikan dia semula disisi saya dan anak-anak, Alhamdulillah akhirnya dia kembali ke sisi kami semula, sekarang dia juga tinggal bersama saya di kuantan…
Tetapi Pakar, silap sangkaan saya, rupa-rupanya dia kembali ke kuantan kerana kekasihnya juga orang sini, kekasihnya merupakan seorang pelajar sebuah politeknik yang berusia 22 tahun, mereka telah menjalinkan hubungan semenjak tahun 2009 lagi, sejak akhir-akhir ini terlalu banyak yang Allah tunjukkan kepada saya.
Pakar, terlalu banyak pembohongan demi pembohongan yang telah dilakukan, Ya Allah Pakar, tak berdaya sebenarnya untuk melawan setiap rasa sakit hati yang menerjah ke sanubari ini walau saya cuba berlagak tenang menerima setiap apa yang Allah titipkan utk saya…
Lebih menyakitkan hati Pakar, saya berkerja ttp tidak dia, segala keperluan hidup saya yg tanggung, tetapi dia senang-senang dgn wanita itu diluar, bila saya pergi keja, mereka berjumpa, begitu juga pada waktu mlm…
Pernah saya mencuri-curi membaca sms didalam handphone suami saya, terkejut besar saya bila mengetahui selama ini mereka melakukan maksiat, sehingga sanggup menggugurkan janin yg tidak berdosa, mereka melakukan maksiat setiap kali berjumpa, seringkali saya melihat ada kesan gigitan dileher suami saya…
gigitan cinta
gambar sekadar hiasan
Hati saya hancur luluh… apa salah saya padanya?.. sedangkan seringkali saya katakan padanya yang saya mengizinkan dia untuk berkahwin dgn wanita tersebut dari melakukan maksiat begini… ttp alasannya ” duit tidak ada, dan jika ada duit sudah pasti aku akan kahwin dgn nya dan hidup dgnnya”… kata dia.
Persoalannya, mengapa dia harus terus melakukan maksiat…?? Apa yang harus saya lakukan Pakar?
Saya juga ada menghubungi wanita tersebut, hanya sekali panggilan saya diangkatnya, saya nyatakan rasa kesal saya terhadap sikapnya kerana dia masih muda, ttp dia dengan bangga menyatakan kepada saya bahawa dia sesekali tidak akan melepaskan suami saya pergi kerana dia amat menyayangi suami saya.
Saat itu hancur hati saya mendengarnya. Pernah saya dan suami saya kelahi dengan teruk gara-gara kerana wanita itu mengadu kepada suami saya yang saya sering maki hamun dia melalui telefon dan sms..
Untuk pengetahuan Pakar, Demi Allah walau saya berhak utk memaki hamun wanita itu, tapi tak pernah terlintas dihati saya utk mengeluarkan kata-kata kesat apatah lagi memaki hamun orang. Saya pernah memberitahu suami saya yang sya tidak pernah melakukannya. Tetapi suami saya seolah tidak mempercayai rayuan saya, sedangkan saya tahu suami saya kenal dan tahu sikap saya macammana.
Selain Allah tempat saya mengadu tiada siapa lagi, kerana itu saya menulis surat ini kepada Pakar untuk meminta pandangan dan nasihat….
Saya mohon Allah ampunkan dosa-dosa saya kerana menceritakan keburukan suami saya. Tapi setidak-tidaknya, kalau saya cerita pun, Pakar bukannya kenal suami saya pun. Identiti saya juga dirahsiakan.
Demi Allah, saya tidak berdaya lagi menanggung perasaan ini. Hati saya tak kuat lagi… Bahagiakah mereka diatas titisan air mata insan lain?.. Bahagia sungguhkah mereka?? Kerana suami saya pernah beritahu saya yang mereka (suami dan wanita itu) merasa cukup bahagia kerana Allah mengizinkan semuanya berlaku, mereka sesekali tidak akan dipisahkan…katanya.
air mata isteri
gambar sekadar hiasan
Kalau Allah menginginkan mereka bahagia kenapa dengan melakukan maksiat???…Atau saya yang berdosa kerana itu Allah campakkan rasa sakit hati, marah, cemburu, didalam diri saya kerana dosa-dosa saya???
Terlalu beratkah dosa saya? Kenapa Allah menguji saya sebegini? Kenapa saya dan anak-anak tidak boleh merasai sebuah kebahagian? Terlalu banyak yang bermain diminda saya Pakar…
Saya hanya ingin merasa bahagia, saya sayangkan rumahtangga dan anak-anak saya. Namun jika terpaksa berpisah dengannya merupakan jalan yang terbaik, maka saya sedia menerimanya. Saya akan berusaha menjaga anak-anak saya, walau saya tahu itu akan menggangu pemikiran mereka… Apakah pandangan Pakar?
Terima kasih atas setiap pandangan yang akan Pakar berikan, insyaAllah saya akan merima dengan hati yang terbuka. Dan mudah-mudahan hanya Allah jualah yang dapat membalas jasa baik pakar kerana sudi mendengar sedikit rintihan hati kecik saya…
Maafkan saya mencuri masa Pakar dan Terima kasih sekali lagi…
wassalam.
kecewa dan tertekan
Kalaulah anda berada dalam situasi Puan Sofiyya (seperti kisah di atas), apakah yang anda akan lakukan? Apa kata anda…?

0 ulasan:

Catat Ulasan

Post-post Bermanfaat

Pengunjung

Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Kami

Blog Nie Dalam Pengeditan... HArap Maklum... Selain itu, blog ini juga akan diuruskan oleh 2 orang Admin... Terima Kasih.