3 Tips Berkesan Supaya Hati Tenang


Hai kawan. Ada 1 artikel menarik bertajuk '3 Tips Berkesan Supaya Hati Tenang'.
hai
3 Tips Berkesan Supaya Hati Tenang Klik Sini Untuk Bacahttp://pakarhowto.com/teknik/3-tips-berkesan-supaya-hati-tenang.html
Kongsi artikel ni di FB
Dalam entri kali ni aku nak kongsi tips tenang hati lagi. Sebelum ni pun dah pernah kongsi beberapa tips. Tapi nampaknya ramai lagi orang yang stress dengan hidup.
Eh, mana ko tau ramai orang tak tenang?
Sebabnya, setiap hari aku terima macam-macam email mengadu masalah. Macam-macam yang diorang tulis.
Tertekan, buntu, kecewa, sedih, tak tahu nak buat apa, malah ada meluahkan di email kata dia rasa nak bunuh diri.
Na’uzubillah.
So, bagi aku, email-email aduan tu semua bukti menunjukkan ramai orang hidup tak tenang.
Jadi, kali ni, aku nak kongsi lagi beberapa tips supaya hati tenang dan damai.
tips supaya hati tenang

3 Tips Berkesan Supaya Hati Tenang

1. Latih diri dan hati anda untuk sentiasa berasa SYUKUR dan belajar hidup sederhana
Macammana untuk sentiasa rasa bersyukur? Lihatlah orang di bawah anda. Kalau kita hanya ada motor jer, lihatlah orang yang berjalan kaki (tiada motor). Jangan dok mengada pi tengok orang yang pakai Alphard @ Mercedez pulak. Latih la diri untuk MENGHARGAI dan MENSYUKURI dengan apa yang anda ada.
Latih juga diri anda untuk hidup sederhana saja. Latih  hati untuk sentiasa  rasa cukup dengan apa yang ada.
2. Toksah dok TERLALU mengejar cita-cita dunia (materialistik)
Jangan terlalu asyik dan SIBUK mengejar dunia saja. Sebab nanti pasti anda akan penat. Kerja tu memang perlu. Tapi jangan pulun macam orang takde agama. Solat entah kemana, zikir Quran apatah lagi. Yang dia tahu, cari duit, cari duit, cari duit. Dia ingat duit boleh beri ketenangan pada hati dia. Silap besar lah. Tak percaya? Silalah pulun dunia habis-habisan.
Ingat pesan aku ni. Kalau anda nak tenang hati, peruntukkanlah sebahagian masa anda untuk untuk beramal ibadah, solat berjemaah, pi dengar ceramah, selalu bersedekah, dan buat amal jariah. InsyaAllah, walau mungkin anda orang susah, tapi hati tetap tenang takde keluh kesah.
3. Bantu orang lain dan eratkan silaturrahim
Perbaiki hubungan anda dengan orang lain. Berkasih sayanglah dengan adik-beradik, saudara-mara, jiran tetangga, kawan-kawan dan masyarakat sekeliling anda. Beri salam, ucap selamat, senyum mesra dan doakan kebaikan untuk sesiapa saja. Kalau ada orang sakit, pergi ziarah. Kalau anda kenduri kendara @ rumah terbuka, pergi raikan. Kalau orang lain ada masalah,cuba bantu. Pendek kata, buatlah seberapa banyak kebaikan kerana Allah. InsyaAllah pasti dan pasti, Allah akan curahkan rasa kasih sayang dan ketenangan dalam hidup anda.
Nak tips lagi? Cukuplah 3 tips tu. Yang penting amalkan. Bukan baca saja. Kalau sekadar baca saja, bagilah 100 tips sekalipun. Jangan harap anda nak tenang.
So….
APAAA YANG PENTING?
Bukan KERJASAMA yer.
Tapi,
AMAL kan!
tips untuk tenangkan hati
OK, wa ciaw dulu yer. Aku berdoa semoga hidup anda tenang dan ceria sokmo. :D

0 ulasan:

Catat Ulasan

Post-post Bermanfaat

Pengunjung

Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Kami

Blog Nie Dalam Pengeditan... HArap Maklum... Selain itu, blog ini juga akan diuruskan oleh 2 orang Admin... Terima Kasih.