Pasangan pilihan:cinta couple atau cinta sejati...????



Assalamualaikum kepada pembaca sekalian..


Hari ni aku rasa mcam nak kupas sikit pasal cinta couple ni.aku tahu banyak juga yang terlibat dalam couple2 ni.boleh dikatakan hampir kesemuanye terlibat.Setiap dalam dunia ni mesti hendak memerlukan pasangan dalam kehidupan diorang cuma kita ni tidak tahu betul ke dia ni jodoh yang terbaik buat diri masing-masing.Kadang-kadang aku pun sama hendak juga ada pasangan mcm ni bila ada sesetengah member-member aku yang lain ni ada couple masing-masing tapi bila aku fikir2 balik buat apa la aku nk terlibat dalam benda ni,leceh jgk nanti.Ada jugak yang mengatakan x yah ada pasangan pun boleh hidup jgj atau pun baru2 ni masa aku kat plkn ,ada member aku ni selalu cakap

'NO WOMEN NO CRY.NO SMOKE CAN DIE'

HAHAHA...
macam-macam ragam masyarakat hari ni....

Ada juga yang couple ni buat suka2 je dan itulah yang bahayanya tu.selalunya perkara2 macam ni lah yang banyak menyumbang kepada kelahiran 'cucu2 adam 'tanpa niat ke alam dunia ni atau dalam bahasa kasar(bagi aku kot) ANAK LUAR NIKAH.kalau orang tengok dalam media massa baru2 ni sama ada surat khabar,tv,dan sebagainye banyak yang melaporkan mengenai kes pembuangan bayi,Itulah nk buat senang, x fikir dulu kesan dy.bila da jadi baru r mengelabah x tentu pasal sampai sanggup buang bayi yang x berdoasa tu.ada tu sanggup tanam aje...

kesian......


Perkara ni mungkin terjadi sebab terikut dengan kata2 pasangan masing2 dan x lupa jugak untuk membuktikan keaslian cinta diorang atau bahasa muda cinta sejati.ada YANG PERNAH CAKAP,

"Nak uji cinta sejati ni xyah wat benda2 ni,nikah aje hah kan senang"

kadang2 aku rasa betul jugak dan bagi aku lak nk dapatkan cinta sejati ni,saling memahami antara pasangan masing2 dan tidak semestinya sampai nk kena mengorbankan harga diri (buat kaum hawa)
merupakan ramuan yang penting dalam nk mendapatkan cinta sejati ni serta x lpe pulak yang paling utama ialah mesti ada perasaan takut dan taat kepada perintah allah dan menjauhi laranganNya.Apabila ada perkara ni semua insyaalah..Allah akan makbulkan pasangan kita tu sebagai jodoh kita.
Hmm....bagi sesetengah pasangan couple lak ,apabila bercouple semuanye indah2 belaka rasa dunia macam ana yang punye..
tapi bila clash mula la cakap ;

"ala lelaki semua sama aje.xleh harap n x leh percaya langsung "

ada tu sampai sanggup jadi anti dengan lelaki.Aku x nafikan ada antara cinta couple ni boleh berjaya sehingga ke upacara ijab kabul(pernikahan) seterusnya hingga ke akhir hayat diorang tapi diorang bercouple ada cara2 nye sehingga berjaya macam tu dan maybe tu da jodoh diorang.diorang juga mungkin mengamalkan tip-tip cinta sejati dengan pasangan diorang.
hehehehe...
da macam penceramah lak aku ni..tapi tu cuma adalah hasil dari pandangan aku sahaja.Bagi pulak nk bercouple ni maybew boleh TAPI!!!!
mestilah ada batas2nya dan yg penting perkara yang perlu kita kawal ialah nafsu kita dengan pasamgan kita..insyaallah jika boleh kawal semuanya akan ada kesudahan yang gembira atau dalam bahasa lainnya

'HAPPY ENDING'


(Aku x mengatakan couple ni halal di sisi syarak dan kalau ikut dari segi hukum couple ni memang haram sebab menghampirkan kita kepada zina.)

Sesungguhnya Allah S.W.T telah berfirman dalam Al Quran

Perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik' (surah an nur ayat 26)..

Allah juga berfirman;


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]


Aku rasa majoriti semua pembaca kerap kali mendengar mengenai ayat dari surah an nur ini..aku harap korang boleh la memahami ayat tersebut dan berharap kita semua tergolong dalam orang yang mendapat jodoh yang baik2.korang renung-renungkanlah kata2 ni

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA, TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA, TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH, NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA. SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA, KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI ORANG YANG KITA CINTAI, TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH, KITA AKAN TURUT MENCINTAI ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.


kita sering kali mencari kesempurnaan untuk diri kita tapi sukar untuk mencarinya.Oleh itu baik lah kita beri kesempurnaan yang ada pada diri kita untuk menyempurnakan hidup orang lain. 
Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya,
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya ,
Melainkan dari sisinya untuk dilindunginya,
dan,
dekat di hati untuk dicintainya....... 



Yang baik datang dari Allah manakala yang buruk adalah berpunca dari kekhilafan diri saya ini...
wasallam....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Post-post Bermanfaat

Pengunjung

Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Kami

Blog Nie Dalam Pengeditan... HArap Maklum... Selain itu, blog ini juga akan diuruskan oleh 2 orang Admin... Terima Kasih.