Bonus Untuk Orng Yang Berpuasa....


Hai kawan. Ada 1 artikel menarik bertajuk '5 Bonus Khas Ramadhan Yang Perlu Anda Ketahui'.
Hai
5 Bonus Khas Ramadhan Yang Perlu Anda Ketahui Klik Sini Untuk Baca: http://pakarhowto.com/info-berguna/5-bonus-khas-ramadhan-yang-perlu-anda-ketahui.html
Kongsi artikel ni di FB
Tahukah anda, ada 5 BONUS KHAS yang ada dalam bulan Ramadhan?
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Umatku diberikan 5 perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu :
Bonus 1
Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah ta’ala.
Bonus 2
Para Malaikat beristighfar (meminta ampun) untuk mereka sehingga mereka berbuka.
Bonus 3
Allah memperindahkan syurgaNYA setiap hari dan berfirman :
“Hampir-hampir hamba-hambaKU yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadaMU.” (Mereka sanggup bersusah payah hidup di dunia dan akhirat.)
Bonus 4
Syaitan-syaitan akan dibelengggu (dirantai), tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain bulan Ramadhan.
Bonus 5
Mereka akan mendapat KEAMPUNAN pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya.)”
Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda SAW :
“Yaa Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam al-qadar (Lailatul Qadar)?”
Baginda menjawab :
“Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya sesudah menyelesaikan malannya.”
(Riwayat Ahmad).
Pengajaran
  1. Berpuasa lah sebaik mungkin dalam bulan Ramadhan. Jangan sekali-kali ponteng tanpa sebab. Jaga mulut, jaga mata, jaga telinga, jaga hati - jangan sampai kita berbuat dosa.
  2. Banyak beristighfar memohon keampunan daripada Allah atas dosa-dosa kita yang banyak.
  3. Memperbanyakkan amal soleh terutamanya amal ibadah di malam hari (qiamullail dan sebagainya…)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Post-post Bermanfaat

Pengunjung

Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Kami

Blog Nie Dalam Pengeditan... HArap Maklum... Selain itu, blog ini juga akan diuruskan oleh 2 orang Admin... Terima Kasih.