Kongsi Cerita Lawak

Berita Baik

“Tahun ini ada berita baik, ayah!” kata seorang anak yang baru saja menerima keputusan SPM kepada ayahnya.
”Berita baik apa?” Tanya ayahnya.
“Yang pasti ayah tidak perlu pening memikirkan  belanja saya untuk masuk ke universiti,” jawab si anak.
“Apa kamu lulus dengan markah yang bagus dan mendapat biasiswa,” Tanya ayahnya dengan wajah yang ceria dan bercahaya.
“Bukan ayah! Saya….. tidak lulus!!” jawab anaknya dengan selamba.

Guru & Murid

Guru:  Mamat, di mana letaknya Australia?
Mamat : Di sini, cikgu! (sambil menunjuk pada peta)
Guru:  Bagus! Sekarang Budin, siapa yang menemukan Australia?
Budin : Mamat, cikgu!

Guru Terbaik

Seorang guru bertanya kepada murid-muridnya….
“Siapa guru yang paling kamu suka di sekolah ini?”
“Cikgu la!” kata salah seorang murid sambil menunjuk kepada guru yang bertanya di depan kelas.
“Kenapa saya?” Tanya guru itu dengan perasaan bangga….
“Kerana saya selalu berpeluang untuk tidur ketika cikgu mengajar…”


Jatuh Kerusi

Anak : Ibu tadi ada seorang pelajar jatuh dari kerusi.
Ibu : Jadi?
Anak : Semua orang gelak, kecuali saya.
Ibu : Awak anak yang baik.
(sambil Ibu mencium dahi anaknya)
Anak : Ibu nak tahu siapa yang jatuh tu?
Ibu : Siapa?
Anak : Sayalah.
Ibu : Sabar ajelah.


Minta Maaf, gambar tak dapat nak dimuatturun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Cerita ini semua di ambil daripada Majalah Rapi edisi 15 Feb 2011. Terima Kasih dan senyumlah selalu kerana senyum itu penawar kepada kedukaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Post-post Bermanfaat

Pengunjung

Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Kami

Blog Nie Dalam Pengeditan... HArap Maklum... Selain itu, blog ini juga akan diuruskan oleh 2 orang Admin... Terima Kasih.