Assalamualaikum dan salam sejahtera saya dan warga-warga 5 Firdaus 2010 ucapkan kepada anda semua. Mengikut perkiraan, sudah terlalu lama blog ini tidak mengepost sebarang berita ataupun cerita mengenai kami semua. Dengan itu, kami ingin meminta maaf terutama saya sendiri sebagai pengurus blog ini. Dengan ini, saya sediakan satu video ringkas mengenai kami semua dan berharap anda menikmatinya dan ingin berkunjung lagi ke blog kami ini untuk mengetahui kisah-kisah kami semua. Untuk pengetahuan anda semua, seramai 7 orang diantara kami yang terlibat dengan aktiviti khidmat negara iaitu PLKN. Mereka ialah Aiza, Rafika, Syarifah, Rozie, Anas, Ahazuddin dan Suhayl.

          Walaupun ramai diantara kami yang tidak terpilih mengikuti aktiviti tersebut, kami masih menuruskan hidup-hidup kami selanjutnya. Ada diantara kami yang melanjutkan pelajaran di Tingkatan 6 bawah dengan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Menengah (STAM) sebagai cabaran yang baru dan ada diantara kami yang mula bekerja untuk menampung perbelanjaan di Universiti kelak. Insyallah. Diantara rakan-rakan kami yang melanjutkan pelajaran ialah ZulAmin. Manakala yang sedang bekerja tidak dapat dikenal pasti atas faktor kejauhan. Apa-apa pon, kami semua sedang bergelut mengenai tarikh pengeluaran dan pengumuman keputusan SPM 2010 yang telah selesai kami semua duduki. Diantara tarikh-tarikh yang diterima ialah, 23, 28 Februari dan 1, 14 Mac 2011. Adakah tarikh-tarikh benar ataupun tidak nantikan sahaja daripada media massa. Kami cuma dapat berdoa dan berharap apa yang diimpikan oleh kami semua menjadi kenyataan iaitu untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2010. Kami semua dengan merendah diri mengaharapkan doa dan kebaikkan anda semua untuk mendoakan kejayaan kami dalam keputusan ini. Terima Kasih.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Post-post Bermanfaat

Pengunjung

Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Kami

Blog Nie Dalam Pengeditan... HArap Maklum... Selain itu, blog ini juga akan diuruskan oleh 2 orang Admin... Terima Kasih.