BBQ Ala Reunion


        Pada 2 April 2011, kami semua pelajar lelaki telah pun mengadakan satu reunion kecil bersama-sama sempena untuk menyambut keputusan SPM kami. Dalam usaha mengadakan mini BBQ ini, kami merancang dan menyediakan pelbagai bahan dan alatan yang sepatutnye digunakan dalam BBQ. Seperti yang boleh di lihat, begitulah rupanya ayam yang telah di BBQ kan oleh kami semua. 

         Dalam kesempatan itu juga, kami juga sempat menyediakan kentang goreng, 'koktail' dan 'coleslaw'. Kesemua pelajar lelaki 5 Firdaus 2010 dapat menghadirkan diri masing-masing walaupun ada di antara kami yang lambat hadir. Reunion kecil ini bermula pada pukul 9.15 malam dan berakhir pada pukul 12.30 malam. Gambar-gambar yang telah di ambil ketika BBQ itu diadakan akan diupload secepat yang mungkin. Jika anda berminat untuk melihatnya, silalah kunjungi bahagian 'Coretan Kami' di bahagian atas blog ini.


      Dalam pada masa yang sama, kami semua bekas pelajar tingkatan 5 Firdaus 2010 memerlukan pertolongan daripada anda semua untuk memberi kan cadangan mengenai tempat yang sesuai bagi kami semua mengadakan satu reunion bersama guru-guru kami.  Dalam mengadakan usaha "BIG REUNION", pelbagai tempat yang telah dicadangkan. Jika anda mempunyai sebarang cadangan menganai tempat yang sesuai untuk dijadikan "Tempat Pertemuan Semula" bolehlah berkongsi di ruangan sembang di sebelah kanan blog ini. Kami semua mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada anda semua.

Post-post Bermanfaat

Pengunjung

Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Kami

Blog Nie Dalam Pengeditan... HArap Maklum... Selain itu, blog ini juga akan diuruskan oleh 2 orang Admin... Terima Kasih.