Assalamualaikum dan salam sejahtera kami semua ucapkan kepada pengunjung-pengunjung kami. Di bahagian ini merupakan kisah kami semua semasa satu pilahan raya kecil 5 Firdaus 2010 diadakan. Tujuan pilihan raya ini diadakan adalah untuk menerangkan dan menunjukkan kepada kami semua bagaimana sesuatu pilahan raya itu diadakan di samping memberi pengalaman kepada kami untuk merasai bagaimana rasanya mengundi orang yang dipercayai untuk meminpin. Dalam pilihan raya itu, Parti Bulat menentang Parti Segi Tiga . Muhammad Ashaari merupakan perintis dan merupakan calon yang telah dipilih di dalam partinya iaitu Parti Bulat. Manakala Muhammad Firdaus merupakan perintis dan merupakan calon bagi partinya iaitu Parti Segi Tiga. Dalam pemilihan calon, Muhamad Firdaus telah memperolehi sebanyak 12 undian manakala Muhamad Ashaari telah memperolehi sebanyak 10 undian yang membawa maksud Muhamad Firdaus telah memenangi Pilihan Raya Kecil 5 Firdaus 2010. Anda boleh menyaksikan gambar-gambar yang telah diambil di bahagai bawah post ini. Terima Kasih.