Biodata Kami


               
       Assalamualaikum dan salam sejahtera kami semua ucapkan kepada semua pengunjung-pengunjung kami. Pertama-tama, mari kami ceritakan serba sedikit mengenai kami di kelas 5 Firdaus 2010. Kelas kami terletak di bangunan blok B bersebelahan dengan bangunan blok A dan blok C. Kelas kami juga terletak bersebelahan dengan kelas tingkatan 5 Ma'wa 2010 dan Bilik Rasmi SPBT sekolah. Kelas kami juga terletak di tingkat bawah di mana diatas kelas kami adalah satu bilik ruangan bahan bacaan yang dinamakan Perpusatakaan Al-Farabi sekolah.

             Baiklah, kelas kami terdiri daripada 24 orang pelajar iaitu 10 orang pelajar lelaki dan 14 orang pelajar perempuan. Jika diteliti gambar di atas, anda akan dapati bahawa 2 orang pelajar tidak terdapat di dalamnya. Pelajar tersebut ialah Muhammad NurIzwan dan Muhammad Anas. Mereka tidak dapat menghadirkan diri ketika sesi fotografi di ambil atas sebab-sebab yang tertentu. Berpandukan gambar, pelajar lelaki yang bermula daripada kiri anda ialah Firdaus, Ashaari (Ketua Kelas), Ahazuddin, Syahmi, Riduan, ZulAmin, Hazmi (Saya Sendiri), dan Suhayl. Manakala pelajar perempuan yang duduk ketika itu bermula daripada kiri anda ialah Faseha, Rozie, Farah, Jamaliah, Syarifah (Penolong Ketua Kelas), Masyitah, Rafiqah, Aiza dan Hidayu. Manakala pelajar perempuan yang sedang bersimpuh ketika itu bermula dari kiri ialah Saleha, Azwani, Syazwani, Izzatul dan Zulaikha.

                   Untuk mendapatkan imej yang jelas sila kunjungi bahagian Ahli-ahli 5 Firdaus 2010  di bahagian atas blog ini. Guru kelas kami bagi tahun ini ialah Puan Laili Sa'adah yang juga merupakan guru subjek sejarah bagi kelas kami. Beliau merupakan seorang yang baik hati dan seorang yang ceria ketika mengajar. Beliau juga merupakan seorang ibu penyanyang dan mengambil berat akan perihal kami semua. Untuk mengetahui beliau dengan lebih lanjut, silalah kunjungi laman rasminya iaitu http://ciklaili.blogspot.com. Dengan ini, itu sajalah yang dapat kami ceritakan mengenai biodata kami mengenai 5 Firdaus 2010. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, silalah kunjungi bahagian Komen Pengunjung di bahagian atas blog ini untuk mendapatkan jawapannya. Sekian terima kasih. 

Post-post Bermanfaat

Pengunjung

Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Kami

Blog Nie Dalam Pengeditan... HArap Maklum... Selain itu, blog ini juga akan diuruskan oleh 2 orang Admin... Terima Kasih.