Al-Kisah Keputusan SPM Kami...


        'Alhamdulillah', ' Abah, Mak Saya dapat * 'A', 'Terima Kasih Cikgu, Usazah, Ustaz'. Itulah perkataan yang dapat diluahkan serta dilontarkan oleh kami semua ketika mengambil slip keputusan SPM kami. Seperti diketahui, keputusan SPM 2010 bleh diambil di sekolah masing-masing tepat jam pukul 10.00 pagi.

        Dalam cerita kami untuk mengambil keputusan SPM kami, kami semua dikehendaki mamakai baju rasmi sekolah kami. Walaupun tidaklah sesempurna daripada yang asal, kami tetap memakai baju dan seluar sekolah kami. Tahniah buat kami semua walaupun sudah tamat zaman persekolahan, peraturan yang telah ditetapkan tetap jua diikuti dan diingati. Pada tahun ini juga, seramai 2 orang pelajar SAM Tengku Ampuan Jemaah Sungai Besar yang mendapat 7 'A' dan merupakan jumlah 'A' yang tertinggi bagi SPM 2010. 

           Mereka berdua merupakan ahli 5 Firdaus 2010. Nama-nama tidak akan disertakan di dalam post ini dalam usaha untuk mengelakkan sebarang ketidakadilan dan sebagainya (Harap Maklum). Selain 7 'A', ramai juga diantara kami yang mendapat 6 'A', 5 'A', 4 'A', 3 'A', 2 'A', dan juga 1 'A'. Sebagai seorang pelajar yang berdedikasi, kami ingin mengucapkan rebuan terima kasih kepada guru-guru kami dan tenaga-tenaga pekerja SAM Tengku Ampuan Jemaah Sungai Besar kerana bertungkus lumus mendidik dan menjaga kami semua. Tanpa anda GURU, PUAN PENGETUA, KERANI PEJABAT, PAK/MAK GUARD, CLEANER SEKOLAHk, dan MAK CIK KANTIN, siapalah kami untuk berjaya. Terima Kasih yang cukup tinggi nilainya dapat kami ucapkan kepada anda semua. Harap-harap tunjuk ajar yang kami perolehi daripada anda semua akan diingati sehingga nyawa terpisah dari jasad kami.

1 ulasan:

Ros 9 April 2011 pada 9:53 PG  

Assalammualaikum wrt. wbt.

Tahniah Ummi ucapkan kepada semua pelajar 5 firdaus..anda telah berusaha dan Allah SWT telah menentukan.

Anak-anakku sayang..
Ada A bukan penyebab anda berasa selesa...ada lagi ujian kehidupan yang perlu dilalui.

Anak-anakku sayang..
Tiada A bukan alasan untuk anda menoktahkan perjalanan hidup...ada lagi warna untuk anda mengindahkan kehidupan anda.

Anak-anakku sayang..
Soroti perjalanan insan yang berjaya...curi kekuatan dan keazaman mereka. InsyaAllah anda juga akan diteladani.

Anak-anakku sayang...
Anda sudah boleh membeza hitam dan putih, masa depan anda ada dalam genggaman anda.
Rujuki kedua ibubapa untuk membenarkan tindakan anda. Kembali kepada guru-guru anda untuk memperkukuhkan hala tuju anda.
Moga anda bijak mengorak langkah mecorak dan mewarnai masa depan anda.

Kepada semua pengetua, guru-guru dan semua wargakerja SAMTAJ terimakasih atas tanggungjawab yang telah anda jalankan. Ganjaran Allah SWT adalah sebaik-baik ganjaran buat kalian semua. Jazakallahu khairan katsiran.

Semoga ukhuwah akan terus mewangi bak kasturi.

Catat Ulasan

Post-post Bermanfaat

Pengunjung

Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Kami

Blog Nie Dalam Pengeditan... HArap Maklum... Selain itu, blog ini juga akan diuruskan oleh 2 orang Admin... Terima Kasih.